Feri Labuan – Kota Kinabalu – Labuan

Posted: 17 Julai 2011 in Kerjaya

Labuan – 16 Julai 2011

Semalam selepas dinner, boss ajak p Kota kinabalu sebab esok cuti.. semua setuju. so bangun awal pagi jam 5.00 solat subuh (sini waktu subuh awal jam 4.45pagi) siap-2 and ready barang yang perlu. Rasa macam ‘backpackers’ lak.. Kita orang plan nak pegi Sulaman makan ‘lokan’ dan kelapa bakar. On the way balik singgah One Borneo salah satu ‘mega mall’ di sabah.

kul 7.40 – 9.30pagi

keluar dari hotel (Beta Apartment – Pusat Kewangan Labuan) jalan kaki ke terminal feri lebih kurang 1.0 km kot ambik masa 12 minit. Perancangan trip ini, menaiki feri ke ‘Menumbok’ lepas tu cari teksi atau bas untuk ke KK. Sampai terminal feri pada jam 8.00pagi mujur sempat kalu tidak ketinggalan feri ler jawabnya, kalu ikut jadualnya feri akan bertolak jam 7.30pagi Alhamdulillah…

Beli tiket berharga RM5 seorang daripada ‘Labuan Ferry Corporation Sdn Bhd’ semua penumpang kena tunjukan ic dan maklumat akan didaftarkan dan tertera di atas tiket. Ini mungkin bagi tujuan keselamatan supaya pihak berkuasa mempunyai maklumat penumpang apabila terjadi kemalangan.

Sampai di jeti Menumbok jam 9.30 pagi terus ambik bas Ekspres ke Kota Kinabalu tiket berharga RM14 seorang dan tiba lebih kurang jam 11pagi diturunkan di Wisma MAA off Jalan Coastal. Tiket bas juga boleh dibeli/ diperolehi di jeti Labuan. Sementara menunggu Haji Aziz kami p breakfast dulu… lapaq giler sebab keluar pagi tadi tak sempat makan..

Kami dijemput oleh Haji Aziz bekerja di JPPH cawangan sabah dan dibawa ke rumah Penilai Daerah (PD) JPPH Sabah Haji Badrul (tahniah tuan, dapat APC 2010). Jazakallahukhairan Khasira pada kalian… Transport juga disediakan oleh PD untuk kemudahan kami bergerak ketika berada di Sabah.

Kul 12.00 – 9.00mlm

Sampai rumah Haji Badrul dalam kul 12.30tghari berehat sekejap.. dalam kul 3.00 petang kitaorang pun bergerak ke Jalan Seluman Restoran Sri Bayu pegi makan. lepas makan bos nak pegi beli kopi Tenom (best coffee in sabah) kat pasaraya di Tanjung Aru.

Dalam kul 4.30ptg OTW ke Sulaman nak pekena lokan dan kelapa bakaq.. purrrggg sedap giler ini kira kali ke 2 aku pekena lokan dan kelapa bakaq. Dulu pegi masa tugasan di Sabah Medical Centre (Damai)

Tuan Haji Khairudin (Bos) tengah rasmi lokan panas..

 

Balik dari Sulaman kitaorang singgah kat One Borneo (window shopping je..) pusing-2 sampai pening. tengok2 jam dah dekat kul 8.00malam semua dah penat. OTW balik pegi dinner kat Restoran Kak Nong.. Pekena nasi goreng ayam & lemon tea panas. Malam ni tido umah PD Sabah di jalan lintas tah ape nama taman tu, yang ingat Ganang jer..

Kota Kinabalu – 17 Julai 2011

Haji Aziz tiba dirumah penginapan kul 6.30pagi, semalam bos dah call dia suruh mai awal sebab nak g jeti ambik tiket feri mahal gak harga dalam RM35 termasuk cukai ape tah. Feri bertolak kul 8.00pagi, sementara nak tunggu naik feri kami p breakfast makan nasi dagang berdekatan dengan Grace Ville off jalan Sembulan, tah lupe lak nama restoran tu..

7.30pagi pegi semula jeti (Jesselton Point) nak kejar feri kul 8.00pagi, feri bertolak tepat pada masanya. Perjalanan dari KK ke Labuan mengambil masa 3 jam dan tiba di Terminal Feri Antarabangsa Labuan pada jam 11.15pagi terus balik ke Beta service Apartment berehat…

 

About these ads
Komentar

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s