Imej

Perisian gis di pasaran malaysia seperti Arcgis dan Mapinfo sekarang agak mahal dan memerlukan budjet yang besar bagi sesebuah organisasi memiliki perisian pemetaan digital ini. Justeru itu perisian ‘open source’ telah mendapat tempat serta mula berkembang maju serta makin diminati.

Idea untuk menggunakan perisian ini timbul apabila saya melayari sesawang saudara Abbas Abdul Wahab di http://qgismalaysia.blogspot.com/

Saya begitu teruja apabila pertama kali menggunakan perisian qgis ini… pada pendapat saya qgis memiliki kemampuan yang tersendiri dan hampir menyamai kemampuan perisian GIS yang terkenal. Bagi yang berminat mendapatkan perisian ini bolehlah melayari sesawang ini http://hub.qgis.org/

Manual atau cara penggunaan perisian qgis ini boleh di muat turun disini http://www.scribd.com/doc/115320444/QGIS-Open-Source-GIS

Manakala bagi perisiannya pula boleh dimuat turun disini http://hub.qgis.org/projects/quantum-gis/wiki/Download

Insya-Allah bila ada kelapangan masa, saya akan paparkan bagaimana qgis dapat membantu organisasi dalam permasalahan pemetaan dan maklumat serta skill dan teknik menggunakan perkakasan analisis didalam qgis.

Labuan – 16 Julai 2011

Semalam selepas dinner, boss ajak p Kota kinabalu sebab esok cuti.. semua setuju. so bangun awal pagi jam 5.00 solat subuh (sini waktu subuh awal jam 4.45pagi) siap-2 and ready barang yang perlu. Rasa macam ‘backpackers’ lak.. Kita orang plan nak pegi Sulaman makan ‘lokan’ dan kelapa bakar. On the way balik singgah One Borneo salah satu ‘mega mall’ di sabah.

Baca baki entri ini »

"Visio", "Carta Organisasi", "Workflow", "Diagram", "Pelan Bangunan", "Pelan Lantai"Pengenalan Perisian Visio

Kekuatan perisian visio ini ialah ciri-ciri ‘stencil’ (drag-and-drop smart shape system). Dimana ia merupakan teknologi yang membantu mempercepatkan kerja, mudah dan profesional. Jika dibandingkan dengan ‘clip art’ dalam ‘Microsoft Office’ ciri-ciri ‘drag-and-drop’ ini lebih mudah dan tersusun. Baca baki entri ini »

Motivasi Diri

Posted: 14 Julai 2011 in Kerjaya

Berjayanya Tindakan Seorang Mukmin itu apabila dia :

  • tidak terlepas daripada akal yang sentiasa berfikir.
  • pandangan yang sentiasa membina.
  • lisan yang sentiasa berzikir.
  • hati yang sentiasa bersyukur.
  • bersungguh-sungguh untuk bersabar dalam bekerja.

Mereka yang berjaya dengan sebenar-benar kejayaan itu apabila :

  •  Diredhai Allah kerana keimanannya.
  •  Disayangi keluarga kerana kelembutannya.
  •  Dicintai manusia kerana akhlaknya.
  •  Dihormati masyarakat kerana manfaat yang diberikannya.

Maut atau kematian merupakan kalimat yang digeruni bagi setiap makhluk bernyawa. Masing-masing mahu mengelak jika berupaya dan akan menangguhkannya jika diberi peluang. Namun hakikatnya saat kematian menjadi rahsia Tuhan Sekalian Alam dan semua makhluk pasti akan merasainya. Baca baki entri ini »

KENAPA ANDA DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3 Baca baki entri ini »

Maut menanti setiap 21 minit

Posted: 20 Februari 2008 in Keagamaan

InsafSebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :“Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.

Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa.

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Disamping itu gunakanlah peluang yang berbaki ini untuk beramal soleh, berazamlah serta panjatkan doa agar kita mati dalam keadaan “Husnilkhatimah – seelok-elok Kesudahan/kematian” dan mohon juga dari Allah dijauhkan kesudahan yang tidak baik.

1 hari = 24 jam = 1440 minit
1440 minit / 70 (ziarah Izrail) = 20.571 minit.
Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit, Subhanallah.. Allahu Akbar. Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita dikembalikan,

Wallahualam