Tahukah Anda – Kenapa Anda Di Uji?

Posted: 25 Mac 2008 in Keagamaan

KENAPA ANDA DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA ANDA TAK DAPAT APA YANG ANDA IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN ANDA SEBERAT INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS ANDA MENGHADAPI SEMUA INI?“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” Surah Al-Imran ayat 200 “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG ANDA DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…” Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA ANDA BERHARAP?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” Surah At-Taubah ayat 129

ANDA TAK DAPAT TAHAN

..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusuf ayat 12

KUALITI DALAM ISLAM

Islam amat mengambil berat supaya umatnya berkualiti, sehingga kadang-kadang perhitungan dan perkiraan didasarkan kepada kualiti dan bukannya kuantiti semata-mata.Sebagai contoh: 1. Sesungguhnya orang Alim yang tidur lebih baik daripada orang jahil yang beribadat (Al-Hadith) 2. Sedikit yang berterusan lebih baik daripada banyak yang terputus-putus (Al-Hadith) 3. Sesungguhnya Allah amat menyukai hambaNya, yang apabila melakukan sesuatu kerja, dilakukannya dengan tekun (berkualiti) (Al-Hadith)

PEKERJA SEBAGAI MUJAHID

Anggota pekerja yang menjaga batas-batas Allah, pekerjaan dan tidak melakukan pengkhianatan terhadap tugasnya diberi penghormatan oleh Allah sebagai “Mujahid” yang berjuang untuk menegak  agamanya.Sabda Nabi s.a.w:Anggota pekerja yang ditugaskan dengan sesuatu tugas, lalu dia mengambil dan memberi hak-hak (tugas tersebut), dia akan dikira sebagai mujahid di jalan Allah sehingga dia pulang ke rumahnya,(Hadith riwayat Abu Hurairah)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s