Keseronokan ruh kembali menemui Allah

Posted: 25 Oktober 2010 in Keagamaan
Tags: , , , ,

Maut atau kematian merupakan kalimat yang digeruni bagi setiap makhluk bernyawa. Masing-masing mahu mengelak jika berupaya dan akan menangguhkannya jika diberi peluang. Namun hakikatnya saat kematian menjadi rahsia Tuhan Sekalian Alam dan semua makhluk pasti akan merasainya.

Mahmud Bin Labiid menyebut bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia membencikan kematian; sedangkan kematian itu lebih baik daripada fitnah (syirik, kekufuran atau rintangan yang menghalangi dari jalan Allah)” [H.R. Imam Ahmad Bin Hambal dalam kitab “Musnad”nya dan R.Sa’iid Bin Mansur dalam “sunan”nya dengan sanad yang sahih]

Manakala Abdullah Bin ‘Amr meriwayatkan: “Dunia (dan kesukaannya) adalah syurga bagi orang kafir dan (sebaliknya) adalah neraka bagi orang mukmin; dan sesungguhnya perbandingan orang mukmin dikala jiwanya (dicabut) keluar adalah seperti seorang banduan yang telah berada didalam penjara, maka dia dikeluarkan daripadanya, maka jadilah dia bebas di bumi serta dapat merasai keselesaan didalamnya.”

Sebagaimana Abdullah Bin ‘Amr Bin Al-‘Aash memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Dunia itu penjara orang mukmin dan jalan (caranya ke akhirat); maka apabila dia berpisah dari dunia, dia adalah berpisah dari penjara dan jalan (sistemnya).” [H.R. Ibnu Al-Mubaarak dlm kitab ‘Az-Zuhd’ dan At-Tabaraani dlm kitab ‘Mu’jam Al-Kabiir”]

Ummul Mukminin A’isyah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :

“Mati itu (ibarat) harta rampasan bagi orang-orang mukmin.” [H.R. Ad-Dailami]

Berkata para ulama : “Mati itu bukanlah semata-mata ‘tiada’ sahaja, dan bukanlah hilangnya kefanaan (kerosakan/kesementaraan), akan tetapi ianya adalah suatu keadaan dimana terputusnya hubungan akrab ruh dan jasad, berlakunya perpisahan dan penceraian antara keduanya. Seterusnya berubah keadaan dan berpindahnya dari sebuah negeri ke sebuah negeri”.

Malahan Bilaal Bin Sa’d memberitakan bahawa “Sesungguhnya kamu tidaklah sekali-kali diciptakan untuk (urusan) sementara, malahan kamu diciptakan untuk hidup kekal abadi; akan tetapi kamu akan dipindahkan dari sebuah negeri (dunia) kepada sebuah Negara (akhirat)”.

Namun bagi hamba Allah yang beriman, beramal soleh dan bertakwa, Waktu kematian adalah berita gembira serta saat-saat terindah untuk bertemu Kekasihnya (Allah SWT) itulah yang dimaksudkan “Keseronokan ruh kembali menemui Allah”.

Begitulah maksud firman Allah dalan Surah Al-Fajr 27-28 : “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang senantiasa tenang, tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!, kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhoi (di sisi Tuhanmu)!.

Menurut berita dari sebuah hadis Marfuu’ (hadis Marfuu’ adalah hadis yang berupa perkataan, perbuatan dan taqrir (restuan) yang dihubungkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya seorang mukmin itu apabila dia hampir mati dan melihat apa yang disediakan Allah untuknya, nescaya dirinya menjadi ingin benar-benar untuk keluar (dari jasad dan dunia). Maka disana dia lebih suka untuk menemui Allah, sedangkan Allah juga lebih suka untuk menemuinya.

Dan sesungguhnya seorang kafir itu apabila hampir mati dan dia melihat apa yang disediakan Allah, nescaya dirinya menjadi benci untuk menemui Allah sedang Allah (pula) benci untuk menemuinya.” [H.R. Ibnu Abi Ad-Dun-ya]

Bapa Ibnu Al-Khazraji memberitakan bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda dikala melihat Malakul-Maut dihujung kepala seorang lelaki orang Anshar dimana Nabi berkata: “Wahai Malakul-Maut, berlaku lemah lembutlah kepada sahabatku (ini); kerana sesungguhnya dia seorang mukmin.”

Maka Malakul-Maut pun menjawab: “Perbaguskanlah diri dan tenangkanlah hati; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya saya bersikap lemah lembut kepada setiap orang mukmin.” [H.R. At-Tabaraani – serta Abu Nu’aim dan Ibnu Munabbih dalam kitab “Al-Ma’rifah” menerusi Ja’far B. Muhammad menerusi bapanya]

Ibnu Juraij memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Ai’syah : “Apabila seseorang mukmin itu melihat para malaikat (dengan mata kepala), mereka (malaikat) akan bertanya: “Inginkah engkau sekiranya kami mengembalikan engkau ke dunia?” mukmin itu menjawab: “… ke negeri sedih dan dukacita (medan ujian dan cubaan)?, kerana itu segeralah membawa kami kembali kepada Allah Ta’ala.” [H.R. Ibnu Jariir At-Tabari dan Ibnu Mundzir]

Firman Allah : “Katakanlah (wahai Muhamad), sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahikan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; oleh itu sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang salih, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadahnya kepada Tuhannya.” [surah Al-Kahfi 110]

Dipetik dari Kitab Al-Imaam Jalaaludin As-Sayuuti: Terjemahan oleh Abdullah Al-Qari Haji Salleh dengan tajuk “Keseronokan Ruh Kembali Menemui Allah (Kekasih)” Terbitan Al-Hidayah Publisher

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s